fbpx

Jangan paksa saya ‘show off’ dalam media sosial – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iqbal lebih selesa mengambil pendekatan membantu orang lain secara senyap-senyap tanpa menghebohkannya dalam media sosial.

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal selesa mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir dalam media sosial.

Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli berkata, paling utama bantuan dan sumbangan yang dihulurkan sampai buat mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang individu itu.

“Ramai yang berkata kepada saya, rakyat Malaysia ramai yang susah. Bantulah orang Malaysia. Begini, apa yang ada di depan saya, yang mahu saya bantu, saya utamakan dahulu.

“Tidak kira mereka dari negara mana, kerana mereka juga manusia. Bantuan ke Malaysia juga saya bagi cuma jangan memaksa saya untuk menunjukkan dalam media sosial. Ini privasi saya,” tulisnya menerusi hantaran dalam InstaStory,.

Pada hantaran sama, bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida itu menyifatkan lebih selesa menyalurkan bantuan secara sendiri tanpa orang lain kerana bimbang jika ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di sebalik kesengseraan orang lain.

“Oleh kerana banyak juga yang tidak jujur, banyak yang meminta perkara yang bukan keperluan.

“Saya lebih senang memberikan bantuan dengan tangan saya sendiri ataupun dengan bantuan orang yang saya benar-benar percaya untuk menghulurkannya,” katanya.

Terdahulu, Iqbal yang kini berada di Indonesia atas urusan kerja selain ingin berehat berkongsi rasa hati apabila berharap dapat pulang ke Malaysia untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.

Sebelumnya, pelantun lagu Hujan itu mengambil keputusan untuk ‘meninggalkan’ Malaysia apabila berangkat ke Jakarta, Indonesia sekitar penghujung November lalu hinggalah ke hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI