fbpx

Jalan di Hulu Langat ditutup dua jam sehari untuk angkut sampah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin memaklumkan penutupan beberapa jalan di sekitar Hulu Langat selama dua jam pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan sampah banjir.

PETALING JAYA – Beberapa jalan di sekitar Hulu Langat akan ditutup selama dua jam pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan sampah akibat banjir di kawasan perumahan serta bahu jalan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan itu bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya.

“Pada peringkat awal, kita ingin melaksanakan penutupan itu selama dua hari sahaja namun bagi kawasan Hulu Langat kita melakukan penutupan setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad.

“Ini berikutan jumlah sukarelawan pada tiga hari berkenaan sangat ramai, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, kesesakan jalan di daerah itu adalah disebabkan oleh kehadiran sukarelawan yang ramai serta longgokan sampah yang terbiar lama di bahu jalan dan kawasan perumahan sehingga menyebabkan operasi kutipan sampah mengambil masa dan pihaknya terpaksa menambah jumlah hari bagi operasi pembersihan.

Tambah Amirudin, bagi daerah Klang, kerajaan negeri sedang meneliti kemungkinan melaksanakan perkara yang sama (penutupan jalan) di Padang Jawa, Seksyen 16 dan Taman Sri Muda, Seksyen 25.

“Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian dan ia akan umumkan sekurang-kurangnya satu hari awal bagi memudahkan perancangan penduduk sekitar.

“Selain itu, setakat hari ini sebanyak 13,699.55 tan sampah pukal akibat banjir diangkut dengan membabitkan implikasi kewangan RM6.03juta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI