fbpx

Mati digilis kereta api semasa tidur atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menjalankan siasatan terhadap mayat seorang remaja yang maut digilis kereta api di Kampung Tiong, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN PDRM

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki maut selepas separuh badannya hancur digilis sebelum diseret kereta api di atas jambatan kereta api berhampiran Kampung Tiong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi itu, Mohamad Azwan Syhmin Md. Yusoff, 18, dipercayai tidur bersama seorang lagi rakannya di atas jambatan kereta api berkenaan telah diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api itu yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, selepas melihat mangsa berada di tengah landasan, pemandu kereta api dipercayai telah membunyikan hon, namun mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, bagaimanapun, rakan mangsa yang tidur bersamanya di atas jambatan itu berjaya lari dan menyelamatkan diri.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, separuh badan mangsa telah hancur selepas digilis kereta api akibat diseret sejauh 30 meter dari lokasi dia tidur di atas jambatan itu.

“Pemandu kereta api telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pengurus Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI