fbpx

GSX-RR 2020 mampu mencabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengakui jentera baharu Suzuki musim ini lebih bertenaga dan mampu memberikan saingan. – AFP

JEREZ – Pelumba Suzuki, Joan Mir mengakui jentera GSX-RR 2020 mampu bersaing untuk memberi tentang hebat dalam perebutan gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Meskipun Mir menduduki tangga kelapan dalam carta kedudukan pelumba MotoGP, namun pelumba berusia 23 tahun tersebut tampil dengan aksi terbaik apabila menamatkan sai­ngan di kedudukan kedua di Grand Prix (GP) Austria.

Meskipun Suzuki tiada mempunyai pasukan satelit tetapi jentera GSX-RR ditunggang Mir dan Alex Rins mampu memberi sai­ngan sengit untuk pasukan lain.

“Kami mempunyai jentera yang terbaik dan mampu bersaing untuk memburu podium. Bersaing merebut podium di Austria adalah hasil yang positif bagi kami.

“Ketika ini bagi saya, GSX-RR adalah jentera yang seimbang dan jauh lebih baik berbanding musim lalu. Terima kasih pada pasukan dan saya harap kami mampu meraih kemenangan musim ini,” kata Mir.

Di GP Styria, Mir hampir me­raih kemenangan, namun perlumbaan yang terpaksa dihentikan seketika akibat insiden kemalangan menyebabkan Mir terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat.

“Kami telah buktikan, namun di Styria nasib tidak menye­belahi kami kerana saingan dihentikan. Ketika itu saya menguasai sepanjang perlumbaan dan hampir menggenggam kemenangan. Saya terpaksa akur dan tamatkan perlumbaan di tempat keempat,” ujar Mir.

Dalam pada itu, pengurus pa­sukan Suzuki, Davide Brivio me­ngakui jentera mereka sangat baik selepas tampil cemerlang di tiga litar berbeza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI