fbpx

Kelab Rela beri bantuan kepada penduduk Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan sumbangan ini akan dibawa ke Mentakab, Pahang esok oleh petugas-petugas Rela.

PUTRAJAYA – Kelab Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kehormat dan Bersekutu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyampaikan bantuan banjir bernilai RM15,000 kepada penduduk Mentakab, Pahang di Ibu Pejabat Rela di sini hari ini.

Setiausaha Agungnya, Che Hassan Che Johan berkata, bantuan tersebut yang terdiri daripada barangan keperluan seperti selimut, peralatan mencuci kediaman serta kebersihan diri akan dibawa dari ibu pejabat Rela di sini ke Mentakab esok.

“Ini adalah kali ketiga bantuan disalurkan kelab kepada Rela, dengan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM26,000. Sebelum ini kami telah membantu penduduk di Seksyen 25, Shah Alam serta di Hulu Langat.

“Bantuan yang diberikan hari ini pula boleh dimanfaat sebanyak 350 buah keluarga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Rela Malaysia, Mohd. Sazali Mohd. Zin menerima sumbangan tersebut mewakili Ketua Pengarah Rela, Yahya Sulaiman.

Hadir sama menyampaikan sumbangan tersebut adalah ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. KK Chai serta barisan Exco kelab berkenaan.

Sementara itu, menurut Che Hassan, antara aset logistik yang disediakan pihaknya bagi membantu mangsa banjir termasuklah jentera 4X4 sebanyak lima buah dan empat buah bot penyelamat.

“Pihak kelab sentiasa sedia memberi bantuan sekiranya diperlukan, apatah lagi sejak pandemik Covid-19 bermula sejak dua tahun lalu.

“Kelab Rela tidak memilih dalam memberikan bantuan tetapi ia dilakukan atas dasar perikemanusiaan, tidak kira sama ada kepada keluarga anggota Rela yang ditimpa musibah seperti kemalangan atau jangkitan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI