fbpx

Peraduan masak pasta San Remo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELISSA TAN (kanan) pada majlis pelancaran set baharu produk San Remo baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengedar eksklusif Pasta San Remo, GBA Corporation Sdn. Bhd. (GBA Corporation) menganjurkan pe­raduan ‘Cepat Masak 3 Minit’ yang menawarkan tiga hadiah utama berupa Philips All-In-One Cooker Multicooker bernilai RM949 setiap satu.

Peraduan yang sedang berlangsung dari 20 Disember hingga 30 Januari ini turut memperuntukkan hadiah mingguan berupa produk San Remo bernilai RM150 setiap satu kepada pemenang yang bertuah.

Timbalan Pengurus Besar GBA Corporation, Melissa Tan berkata, untuk menyertai peraduan tersebut, pengguna di seluruh negara hanya perlu mengambil gambar sajian pasta mereka yang kreatif menggunakan San Remo Quick Cook 3 Mins Pasta.

“Pelanggan perlu memaparkan gambar mereka di laman Instagram atau Facebook dengan kapsyen: Saya suka #SanRemoQuickCook3mins kerana… dan mereka juga mesti menetapkan profil masing-masing sebagai umum untuk tatapan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.

Tan menjelaskan, bersesuaian dengan pelancaran peraduan tersebut, syarikat telah melancarkan San Remo Quick Cook 3 Mins Pasta, yang mana set tersebut menawarkan pasta ke­ring terbaharu yang diinovasikan dengan tekstur ‘Al Dente’ yang tepat dengan lebih cepat berbanding pasta biasa.

“Ini kerana saiz dan bentuknya lebih unik dan ia diperbuat daripada 100 peratus gandum durum semolina Australia,” jelasnya.

Tambah beliau, set baharu itu ditawarkan dalam bentuk spageti dan makaroni mengikut pilihan pelanggan.

Jelasnya, San Remo Quick Cook 3 Mins Pasta mampu dijadikan sebagai pasta pilihan paling sesuai untuk sajian yang lebih mudah, sihat dan enak dimakan bersama keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN