fbpx

Bilik-bilik utama sekolah akan ditempatkan di tingkat atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi menyertai kerja-kerja pembersihan di SMK Bentong, Pahang, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melihat untuk membuat satu ketetapan khusus supaya bilik-bilik utama di sekolah ditempatkan di tingkat atas.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu penting bagi memastikan bilik-bilik berkenaan tidak terjejas sekiranya dilanda bencana banjir.

Beliau berkata, bilik-bilik utama berkenaan seperti pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik komputer dan bilik buku teks.

“Ini mengambil kira kejadian banjir yang berlaku diluar jangkaan kali ini. Dalam banjir kali ini, banyak sekolah yang belum pernah dilanda banjir telah dinaiki air,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI