fbpx

Bantuan RM1,000 Selangor Bangkit disalurkan bermula Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM – Penyerahan bantuan RM1,000 kepada lebih 9,000 keluarga banjir menerusi inisiatif Selangor Bangkit akan mula diagihkan seawalnya Rabu ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penyerahan akan bermula bagi kategori pertama iaitu mangsa yang ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) awam dibawah kendalian kerajaan negeri.

Katanya, ia kemudiannya akan disusuli mangsa di PPS swasta atau persendiran.

“Mulai esok, kita akan kenalpasti keluarga kehilangan nyawa (ahli keluarga) ini untuk disampaikan bantuan RM10,000,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata bagi kategori ketiga melibatkan mereka yang terkesan akibat banjir yang tidak berpindah pula, pendaftaran akan dilakukan oleh pegawai dan anggota jabatan terlibat serta pasukan sukarelawan Selangor yang akan pergi rumah ke rumah yang dilaksanakan 3 Januari tahun depan selain mendaftar di pusat sehenti atau ‘one stop centre’ (OSC).

Ujarnya, mereka dalam kategori ketiga ini hanya perlu membuat laporan polis sekiranya hilang dokumen kad pengenalan dan tiada keperluan membuat laporan bagi mendapatkan bantuan program banjir kerajaan negeri.

“Kita menjangkakan jumlah mangsa banjir akan meningkat antara 15,000 hingga 20,000 keluarga.

“Kita akan selaraskan sebab ada (tiga bantuan) iaitu RM1,000 daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan serta Lembaga Zakat Selangor (RM600),” katanya.

Jelas beliau, kerajaan negeri akan menyerahkan senarai maklumat nama dan keluarga bagi memudahkan penyerahan bantuan dari Kerajaan Persekutuan.

Amirudin menegaskan, pihaknya menjangkakan kesemua penyerahan bantuan RM1,000 menerusi Selangor Bangkit akan dapat diselesaikan pada 31 Januari depan

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, pihaknya menyasarkan membeli dapur masak dan gas kepada semua keluarga banjir terlibat menerusi sumbangan diperolehi MRCB dan bantuan Selangor Bangkit serta program sumbangan lain. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI