fbpx

Enggan longgok di PPS, Vida edarkan sendiri bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA dan dua anaknya kini aktif ke beberapa lokasi banjir di Selangor bagi mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

PETALING JAYA – Risau bantuan tidak diagihkan dengan baik, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mengambil inisiatif turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas.

Menurut Vida, pada awalnya dia hanya menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa banjir tetapi hatinya mula berasa ragu-ragu dan bimbang barangan tersebut tidak diterima oleh pihak yang sepatutnya.

“Pada mulanya saya agih bantuan di PPS dan separuhnya terus kepada mangsa tetapi saya rasa tidak puas hati apabila meletakkan barang di PPS.

“Hari pertama memang saya longgokkan barang di PPS dan mula terfikir bantuan akan pergi kemana dan adakah akan diterima mangsa. Disebabkan tidak puas hati, saya terus hantar di pintu rumah mangsa banjir,” katanya dalam satu perkongsian menerusi Instagram.

Akui pelantun I Am Me itu, dia juga tidak mampu untuk mengagihkan semua bantuan secara sendiri namun usaha tersebut berjaya direalisasikan dengan pertolongan ramai penghantar makanan.

“Apabila tidak puas hati, saya mengambil keputusan untuk terus edar bantuan dari rumah ke rumah. Memang ambil masa tetapi mujur ada bantuan daripada ramai penghantar makanan.

“Bagi saya, jika ada kemampuan untuk mengagihkan bantuan seperti makanan, bantal dan tilam ke rumah-rumah mangsa, lakukanlah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Vida dilihat turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas seperti di Perkampungan Orang Asli Hulu Langat dan Dengkil, Selangor.

Turut bersama-sama menyertai misi bantuan tersebut ialah dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI