fbpx

Kepala raksasa laut ditemui di Nevada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala dinosaur prasejarah sama panjangnya dengan seorang lelaki dewasa. - SWNS

GURUN BLACK ROCK, NEVADA – Satu fosil kepala raksasa laut gergasi menyamai saiz seorang lelaki dewasa ditemui di salah satu tempat paling kering di Bumi, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kepala dinosaur prasejarah bernama Cymbospondylus youngorum itu ditemui dengan muncung panjang dan gigi runcing di gurun Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat.

Haiwan yang hidup 244 juta tahun dahulu dengan berat 40 tan itu mempunyai ukuran panjang lebih 18 meter (60 kaki)  dari hidung hingga ke ekor.

“Walaupun ikan paus kini merupakan makhluk terbesar di Bumi, ia bukanlah gergasi lautan pertama yang melayari lautan.

“Ikan paus mengambil  90 peratus masa selama 55 juta tahun kewujudannya untuk berevolusi menjadi gergasi lautan seperti yang kita kenali hari ini,” kata Profesor Martin Sander yang merupakan penulis tentang raksasa dalam jurnal Science.

Penemuan juga mengenal pasti bahawa ekosistem marin prasejarah boleh menyokong raksasa gergasi seperti Cymbospondylus. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI