PUTRAJAYA – Kes harian sekali lagi mencatatkan di bawah angka 3,000 dengan 2,778 kes menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,741,179 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web CovidNow.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE