fbpx

Chelsea guna strategi dapatkan Tchouameni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TCHOUAMENI menjadi antara pemain tengah muda yang memiliki reputasi besar ketika ini sehingga kelibatnya diburu oleh banyak pasukan. – AFP

LONDON – Ketua Pegawai Eksekutif Chelsea, Marina Granovskia bersedia untuk sekali lagi menggunakan taktik yang pernah digunakan Li­verpool untuk mendapatkan pemain tengah yang menjadi rebutan banyak pasukan gergasi Eropah ketika ini.

Pada 2017, Liverpool berjaya mendapatkan khidmat Naby Keita daripada RB Leipzig semusim lebih awal sebelum pemain itu menyertai pasukan itu di Anfield biarpun ketika itu Barcelona dilihat sangat hampir untuk membawa pemain itu ke Camp Nou.

Liverpool menggunakan strategi ‘bayar dahulu, guna kemudian’ apabila membeli Keita daripada Leipzig, namun membenarkan pemain itu untuk terus kekal bersama pasukan tersebut bagi tempoh semusim lagi secara percuma.

Chelsea kemudian mendapati strategi berkenaan sangat berkesan sebelum mengimplementasinya ketika mendapatkan khidmat Christian Pulisic dari Borussia Dortmund dan Hakim Ziyech dari Ajax Amsterdam.

Pada jendela perpindahan kali ini, Chelsea mahu sekali lagi menggunakan cara ber­kenaan bagi mendapatkan khid­mat bintang muda AS Monaco, Aurelien Tchouameni yang kini menjadi rebutan ba­nyak pasukan.

Chelsea sedia membelinya pada jendela kali ini dan membenarkannya kekal secara percuma bersama pasukan itu untuk tempoh enam bulan lagi sebelum melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge pada Jun tahun depan.

Tchouameni sedang membina reputasi yang cukup hebat ketika ini terutama apabila dia berjaya menjadi antara pemain kegemaran Didier Deschamps dalam skuad antarabangsa Pe­rancis dan dinilai pada harga £50 juta (RM280.80 juta).

Chelsea perlu mengambil tindakan pantas dan bijak sekiranya berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu apabila Manchester United dan Li­verpool turut memantau perkembangannya ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN