fbpx

Kanada catat rekod, beri status penduduk tetap kepada 400,000 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bersiar-siar di luar Taman Grange Toronto, Kanada pada 7 Jun lalu. - AFP

OTTAWA – Kanada mencatat rekod apabila memberikan hampir 400,000 individu status penduduk tetap di negara itu pada 2021, lapor laman berita Wion News semalam..

Ini merupakan kali kedua Kanada mencapai jumlah tersebut sejak  penubuhannya pada 1897.

Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada (IRCC) mengesahkan perkara tersebut dalam satu kenyataan akhbar.

“Bagi menyokong pemulihan pasca pandemik Kanada dan melakarkan masa depan lebih makmur, kerajaan Kanada menetapkan sasaran untuk mengalu-alukan 401,000 pemastautin tetap baharu pada 2021, sebagai sebahagian daripada Pelan Tahap Imigresen 2021–2023.

“Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan, Sean Fraser hari ini (semalam) mengumumkan bahawa Kanada telah mencapai sasarannya dan mengalu-alukan lebih 401,000 penduduk tetap baharu pada 2021  sekali gus melepasi rekod sebelumnya sejak dari 1913,” kata kenyataan itu.

Matlamat itu ditetapkan oleh pihak berkuasa sebelum pandemik bermula.

Matlamat asalnya adalah untuk mengalu-alukan hampir 341,000 penduduk baharu pada tahun 2020, namun Kanada hanya mampu mencapai 184,000 penduduk baharu ekoran penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.

Pihak berkuasa bagaimanapun menggandakan usaha untuk mencapai sasaran itu dan membantu orang ramai untuk datang ke Kanada, dan membawa masuk angka sasaran baharu iaitu 401,000 pendatang baharu.

“Pencapaian bersejarah ini amat penting dalam menghadapi pelbagai cabaran pandemik. Bermula daripada penutupan sempadan dan  penghijrahan global yang ditangguhkan disebabkan Covid-19.

“Namun, kakitangan IRCC memproses setengah juta permohonan pada 2021 bagi mencapai matlamat itu,” kata kenyataan itu lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI