fbpx

Maskara fiber Magnificient taruhan Nur Afifah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur AFIFAH (kanan) optimis mampu menjana jualan lebih baik tahun 2022, disokong pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19.

SHAH ALAM – Diberikan maskara fiber oleh jurusolek yang menata rias wajahnya kira-kira dua tahun lalu membuatkan pengasas maskara Magnificient, Sharifah Nur Afifah Syed Annuar, 30, bertekad menjadikan maskara tersebut sebagai produk untuk dijual.

Menurutnya yang senang dipanggil Nur Afifah, kenangan itu adalah ketika dia menjadi model bagi satu produk keluaran seorang rakan.

“Saya berasa amat selesa ketika me­ngenakan maskara jenis ini, malah ia turut memberikan hasil solekan yang baik pada wajah. Jadi saya membuat keputusan untuk menjual maskara fiber kera­na mahu berkongsi keselesaan dan hasilnya dengan orang lain.

“Sebelum mengambil keputusan menceburi industri ini pada tahun 2019, saya turut dipela­wa untuk menjalankan perniagaan lain terma­suk menjual lampin bayi, namun saya tolak pelawaan itu untuk serius bergiat aktif dalam perniagaan maskara fiber ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam, baru-baru ini.

Afifah mengakui agak sukar sebenarnya untuk memulakan perniagaan secara berseorangan, namun dengan bantuan kenalan rapat, dia berjaya mengorak langkah dengan baik.

Menurut ibu tunggal ini, masa setahun diambil untuk mengeluarkan Magnificient kerana mahu memastikan produk maskara keluarannya benar-benar berkua­liti serta menepati cita rasa golo­ngan sasaran.

Seorang model mengenakan maskara Magnificient yang selesa dipakai dan mudah ditanggalkan.

Pun begitu, pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu mengakibatkan Nur Afifah terpaksa menunda pengeluaran maskaranya selama beberapa bulan.

“Saya terpaksa beralih menjual Magnificient melalui platform media sosial, iaitu melalui Facebook peribadi dan akaun Instagram, Aysential ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain itu, saya turut mempunyai 10 ejen di Lembah Klang. Alhamdulillah, produk ini kini mendapat sambutan,” kata anak jati Kedah itu.

Secara purata, ujar Nur Afifah, Magnificient dapat dijual seba­nyak 200 unit sebulan dengan jualan paling tinggi yang pernah dicapainya adalah sebanyak 350 unit pada Mac tahun ini.

Malah, produk tersebut turut mendapat tempahan pelanggan dari Singapura dan Brunei.

“Sambutan diterima membuatkan saya bersemangat untuk mengembangkan perniagaan dan kami menyasarkan untuk menjual 500 unit maskara sebulan tahun hadapan.

“Saya juga berharap dapat merekrut ejen dan dropship seramai mungkin di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Berbicara mengenai produk­nya, Nur Afifah berkata, Magnificient mesra golongan Muslimah kerana mudah ditanggalkan menggunakan air ketika hendak berwuduk.

“Kami juga memiliki ramai pe­langgan berulang yang berpuas hati selepas pertama kali memakai produk ini,” katanya.

Tambah Nur Afifah, Magnificient juga boleh didapati di platform dalam talian, Shopee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI