fbpx

Kanada intip 33 juta telefon rakyatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Organisasi kesihatan awam itu merancang untuk terus mengintip pergerakan rakyat Kanada untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang dalam usaha mengawal penyakit berjangkit lain. -Instabug

OTTAWA, Kanada – Kerajaan persekutuan Kanada mengaku mengintip secara rahsia pergerakan rakyatnya semasa perintah berkurung Covid-19 dengan menjejaki sebanyak 33 juta telefon bimbit, lapor akhbar New York Post semalam.

“Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengintip peranti tersebut untuk mengakses tindak balas orang awam semasa perintah berkurung Covid-19,” kata agensi berkenaan minggu lalu sekali gus mengesahkan  laporan mengenainya oleh penerbitan internet, Blacklock’s Reporter.

Menurut agensi Statistik Kanada, negara itu mempunyai seramai 38 juta penduduk.

“Bukti-bukti datang dari ba­nyak sumber, dari negara-negara di seluruh dunia bahawa apa yang dilihat sebagai pengintipan (untuk tujuan keselamatan) pasca 9/11 kini diatasi oleh pengintipan pandemik,” kata penulis laporan bertajuk Pandemic Surveillance itu, David Lyon.

PHAC membeli data lokasi dan pergerakan daripada gergasi telekomunikasi Kanada, Telus untuk memahami kaitan antara pergerakan populasi dalam Kanada dan penularan Covid-19.

Organisasi kesihatan awam itu merancang untuk terus mengintip pergerakan rakyat Kanada untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang dalam usaha mengawal penyakit berjangkit lain, mencegah penyakit kronik dan mengawasi kesihatan mental rakyatnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI