fbpx

Abang Viva tak kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Abang Viva di Facebook supaya menghubungi beliau sendiri untuk sebarang urusan

PETALING JAYA – Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ memberi amaran kepada pihak yang menggunakan nama beliau untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook peribadi, Azwan berkata beliau mendapat maklumat bahawa ada pihak yang menggunakan nama ‘Abang Viva’ untuk mendapatkan bantuan derma banjir.

“Hari ini ada hamba Allah mengatakan kepada saya ada seseorang yang menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan.

“Sejujurnya saya tidak pernah melantik pembantu peribadi atau orang tengah jika ingin dihubungi,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.

Azwan juga menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan beliau dalam membantu mangsa banjir.

“Saya juga tidak pernah menggenakan apa-apa bayaran untuk khidmat apatah lagi jika ingin bercakap dengan saya semata-mata.

“Di sini saya sertakan nombor telefon jika ingin menghubungi saya, mohon maaf jika terlambat atau tidak menjawab panggilan kerana mungkin sedang bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ‘Abang Viva’ menjadi perhatian di media sosial apabila sanggup membawa Perodua Viva dari Melaka ke Lembah Klang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Difahamkan ‘Wira Banjir’ itu kini menuju ke Pahang pada Jumaat lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI