PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat bagi negeri Sabah pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, penduduk di negeri itu dinasihatkan agar berwaspada ekoran cuaca buruk yang dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi ini.
“Kawasan yang terlibat adalah Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas).
“Cuaca buruk itu dijangka berlanjutan sehingga pukul 10 pagi,” kata kenyataan itu hari ini. – K! ONLINE