fbpx

Beratur panjang di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung sanggup beratur panjang semata-mata menikmati cendol dan air sarbat di Jalan Penang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Beberapa kedai makanan popular di bandar raya ini diserbu pelancong yang mengambil kesempatan cuti Hari Krismas dan hujung minggu hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati kedai-kedai nasi kandar, cendol dan air sarbat di Jalan Penang dan Jalan Gurdwara di sini menjadi tumpuan pelancong sejak pagi.

Ada di antara mereka sanggup beratur sepanjang kira-kira 30 meter semata-mata untuk menikmati sepinggan nasi kandar popular.

Manakala terdapat segelintir pengunjung dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Seorang pelancong yang mahu dikenali sebagai Ghazali, 46, berkata, dia sanggup beratur panjang bersama isteri dan dua anak semata-mata merasai pengalaman menikmati nasi kandar di Pulau Mutiara.

“Walaupun agak penat dan perlu sabar menunggu tetapi berbaloi dapat makan nasi kandar yang disebut-sebut, apatah lagi kami sudah lama merancang percutian.

“Tiada masalah buat kami (beratur) kerana datang ke Pulau Pinang sebagai pelancong dan tidak mengejar masa, bahkan satu pengalaman baharu,” kata pekerja swasta dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, keadaan trafik di sekitar lokasi tumpuan pelancong di Jalan Penang sedikit sesak berikutan segelintir pengguna jalan raya tidak bertanggungjawab yang berhenti di bahu jalan berdekatan Pasar Chowrasta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI