fbpx

Satu kes positif Covid-19 dikesan di PPS Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin menyertai Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu di Kampung Kemin Tanjung, Jelebu hari ini. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

JELEBU – Terdapat satu kes positif Covid-19 dikesan menerusi ujian saringan yang dijalankan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Port Dickson baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes jangkitan tersebut melibatkan seorang wanita yang berusia 60 tahun.

“Terdapat satu kes positif di daerah Port Dickson dan kes berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

“Pesakit wanita kategori dua itu hanya mengalami gejala sederhana dalam ujian saringan yang telah dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu di Kampung Kemin Tanjung di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias merangkap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau kemudiannya turut mengadakan lawatan ke Hospital Jelebu dan Klinik Desa Felda Titi di sini yang turut terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Sementara itu, seramai 500 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Program Gotong Royong Perdana Keluarga Jelebu yang diadakan selama dua hari bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI