SHIAWASSEE, Michigan – Seorang pembunuh kanibal bertindak membunuh seorang lelaki yang ditemuinya melalui aplikasi jaringan sosial, Grindr dengan mengelar tekak dan memakan buah zakar mangsa, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kevin Bacon, 25, yang bekerja sebagai pendandan rambut, dilaporkan hilang pada malam sebelum Hari Krismas dua tahun lalu.
Rakan sebiliknya, Michelle Myer memberitahu polis bahawa mangsa ketika itu sedang bertemu seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi Grindr, demikian menurut saluran berita Fox News.
Polis menjejakinya selama beberapa hari sebelum menemui petunjuk yang membawa mereka ke rumah Mark Latunski di Morrice, daerah Shiawassee di mana mangsa didapati dibunuh dengan kejam.
Menerusi dokumen mahkamah, ibu bapa Kevin, Karl dan Pam Bacon dimaklumkan bahawa anak lelaki mereka ditemui tergantung secara terbalik pada siling sebuah rumah di Latunski.
Bapa Kevin, Karl Bacon memberitahu stesen radio tempatan Michigan, wilx.com: ‘’Kejahatan memang wujud dan ia menyentuh perasaan kami. Dia jelas terlibat dalam sesuatu yang dia tidak bersedia.’’
‘’Kita semua membuat silap. Ia memilukan hati untuk mendengar butiran dokumen dibacakan. Bagi sesiapa yang kenal sisi baik Kevin, dia seorang yang mengasihi dan menyayangi orang sekelilingnya,’’ jelas Karl.
Suspek berusia 50 tahun itu kemudian mengaku bersalah membunuh mangsa dengan memotong buah zakar lalu memakannya kerana mempunyai keinginan seksual terhadap anggota badan tersebut, dedah dokumen mahkamah.
Mark D. Latunski didapati bersalah dalam perbicaraan pada Oktober 2020.
Dia dimasukkan ke hospital seketika pada Februari tahun ini selepas didapati tidak bertindak balas di Penjara Daerah Shiawassee kerana tidak makan. – Agensi