fbpx

Sakinah huru-hara lepas cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH SAKINAH

HAMPIR empat bulan sejak bercerai, Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al Khaired belum sedia untuk berbicara soal rujuk semula dengan bekas suami.

Bukan mahu berlagak ego, wanita berusia 31 tahun itu sejujurnya memerlukan ruang untuk bersendiri bagi merawat masalah Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya sekarang.

Ditemui pada majlis pengenalan dirinya sebagai jurucakap produk minuman Wholly Fitz di Selayang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Sakinah mengakui berasa sedikit lega selepas bercerai kerana tiada lagi tuduhan negatif dilemparkan kepada bekas suaminya, Aliff Adha.

Mengisi rutin hidupnya kini, dia memenuhkan jadual harian dengan kerja seni dan memberi fokus membesarkan anak tunggalnya, Anais Adha, 3.

SHARIFAH Sakinah kini sedang menjalanin terapi dan kaunseling bagi merawat masalah ADHD yang dialaminya. – Gambar AMIR KHALID

KOSMO!: Bagaimanakah kehidupan anda selepas perceraian sejak Mei lalu?
SAKINAH: Jika soalan itu dijawab dengan jujur, keadaan dalam hidup saya agak haru-biru kerana perceraian baru berlaku. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan status baharu tanpa seorang suami di sisi. Proses transisi itu tidak mudah, namun saya sedang melakukan yang terbaik.

Bolehkah anda berkongsi punca perpisahan dengan suami?
Banyak perkara menjadi sebab perpisahan kami, namun antara yang boleh dikongsikan ialah masalah ADHD yang saya alami. Saya tidak boleh menjadi isteri yang baik untuk dia. Bekas suami sangat baik dan tidak pernah mempersoalkan kelakuan saya.

Adakah ini bermakna masih ada peluang untuk kalian kembali rujuk?
Tidak, cukuplah saya menyusahkan dia dengan masalah ADHD yang saya hidapi.
Saya lega selepas kami bercerai kerana tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang menuduh dia dayus dan takut isteri.

Mengapakah anda kelihatan tenang dan seperti tidak bersedih?
Kami berpisah secara baik dan tidak bergaduh. Tipulah jika saya langsung tidak berasa sedih.
Hati ini masih sakit kerana kami bercinta dan berkenalan sudah lama.
Namun, perceraian menjadi jalan terbaik buat kami dan kami perlu teruskan kehidupan.

SAKINAH mahu fokus membesarkan anaknya, anais.

Bagaimana penerimaan Anais dengan perceraian kalian?
Dia masih kecil, namun saya tahu dia sangat bersedih terutama apabila sudah tidak tinggal serumah dengan bapanya.
Setiap kali bekas suami datang melawat, Anais akan mengambil tangan saya untuk diletakkan atas tangan bapanya sambil mengalirkan air mata.

Apakah rawatan yang anda jalani untuk menangani masalah ADHD yang dialami?
Buat masa sekarang, saya menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri dan menjalani terapi.
Selain itu, saya mengambil ubat mengikut preskripsi yang diberikan doktor jika diperlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI