fbpx

Hadiah tak dihargai calon mertua, netizen suruh wanita ‘lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan pemilik akaun TikTok bersama rakannya. - TikTok

JAKARTA – Satu hantaran di aplikasi sosial TikTok yang menunjukkan calon mertua seorang wanita yang tidak menghargai hadiah yang diberikan oleh bakal menantunya  menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @noviinestya,  menceritakan tentang insiden yang dialami oleh rakannya.

Video tersebut menunjukkan tangkap layar perbualan antara pemilik akaun dengan rakannya itu.

Rakan wanita itu membelikan sejambak bunga sempena hadiah Hari Ibu kepada calon ibu mertuanya.

Dia menyangka calon mertuanya itu akan menyukai hadiah yang diberikan namun sangkaannya meleset apabila calon mertuanya itu malah memuat naik status di aplikasi WhatsApp yang membuatkan wanita itu berkecil hati.

“Saya tidak menyukai hadiah-hadiah seperti itu. Bukan budaya kita,” tulis calon ibu mertua itu pada status yang dimuat naik.

Netizen yang membaca kisah itu rata-ratanya menasihatkan rakan kepada pemilik akaun itu supaya mengakhiri hubungannya dengan teman lelaki memandangkan calon mertua seolah-olah tidak menghargainya.

“Lari, baru bercinta sudah bersikap begitu. Bagaimana jika anda berkahwin kelak, mungkin anda semakin tidak dihargai,” komen seorang netizen.

“Dia tidak boleh ‘menyembunyikan’ perasaan dengan baik, rumit jika mempunyai mertua sebegitu,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI