fbpx

Lelaki tiru gaya Kim Jong-un terima ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ming-yong telah meniru gaya dan identiti Jong-un selama 10 tahun. - Youtube/KIMJONGUN TV

SEOUL – Seorang lelaki yang meniru identiti pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mendakwa dirinya menerima banyak ugutan bunuh daripada rakyat negara komunis  itu kerana dikatakan mengejek pemimpin mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kim Ming-yong yang berasal dari Korea Selatan, telah meniru gaya dan identiti Jong-un selama 10 tahun, sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan Korea Utara selepas kematian bapanya.

Ming-yong membuat potongan rambut sama seperti Jong-un serta tampil dalam pakaian yang sering dipakai pemimpin tersebut.

Dia yang turut dikenali sebagai Dragon Kim,  bahkan mempunyai saluran YouTube miliknya sendiri, KIMJONGUNTV, yang memaparkan video-video menunjukkan dirinya meniru dan mengejek Jong-un.

Keadaan itu membuatkan Ming-yong sering menjadi kecaman penduduk Korea Utara termasuk menerima ugutan bunuh daripada mereka.

“Penyokong Korea Utara berkata bahawa sekiranya saya mengejek pemimpin kesayangan mereka, nyawa saya dalam bahaya. Bahaya yang besar,” ujarnya.

Menurut Ming-yong, dia mengakui berasa takut menerima ancaman-ancaman tersebut, namun setakat ini tiada satu pun perkara buruk berlaku kepadanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI