fbpx

Wang RM697,000 lesap dikebas ‘Datuk Suhaimi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas wanita kerugian RM697,000 selepas ditipu seorang individu yang menyamar sebagai Pengarah di Bukit Aman dengan nama panggilan ‘Datuk Suhaimi’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Asisten Komisioner Amran Md. Jusin berkata, mangsa yang juga merupakan seorang jurujual kenderaan di Kluang itu pada mulanya dihubungi seorang individu tidak dikenali pada 16 Disember lalu.

Katanya, individu berkenaan memaklumkan mangsa telah mendaftar sebuah syarikat dan mempunyai tunggakan bayaran cukai sebanyak RM55,800.

“Mangsa seterusnya disambungkan ke Bukit Aman dan berurusan dengan Pengarah bernama Datuk Suhaimi yang telah menghantar satu pautan mengarahkan mangsa mengisi maklumat peribadi dan butiran perbankan.

“Datuk Suhaimi seterusnya mengarahkan mangsa memindahkan kesemua wang ke dalam akaun yang diberi bagi tujuan membantu siasatan.

“Mangsa kemudian memindahkan RM312,795.66 ke dalam akaun itu pada 21 Disember. Namun ketika mangsa membuat semakan akaunnya semalam, dia mendapati terdapat pengeluaran wang daripada akaunnya ke pihak tidak dikenali menyebabkannya mengalami kerugian berjumlah RMRM697,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Amran, mangsa yang hanya menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun beserta sebat dan denda,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak mudah panik apabila dihubungi mana-mana nombor telefon yang tidak dikenali dan melakukan semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI