fbpx

‘Rider’ hantar bantuan di kawasan orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penghantar makanan membantu mangsa banjir di Hulu Langat.

PETALING JAYA – Tindakan penghantar makanan atau ‘rider’ menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai.

Melalui video berdurasi satu minit 26 saat yang dikongsikan di Twitter @rabkhairahas menunjukkan puluhan penghantar makanan tekad membawa pelbagai barangan bantuan walaupun hanya menaiki motosikal.

“Allahuakbar, abang-abang Grab, FoodPanda, Shopee Food, Lalamove sanggup tinggalkan tugas hakiki demi bantu hantar makanan kepada mangsa banjir di Kampung Orang Asli, Hulu Langat.

“Mereka bantu dari pagi sampai malam, walaupun tiada gaji tapi pahala 100 peratus Insyallah,” ciapnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ‘rider’ dikenali sebagai @hafiz_abqarii turut berkongsi misi bantuannya di sebuah kampung di Hulu Langat.

“Tadi Kami pergi satu perkampungan di sempadan antara Hulu Langat dan jelebu.

“Bekalan sudah lama terputus akibat tanah runtuh dan mereka tidak dapat menghubungi sesiapa,” katanya dalam satu ciapan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai dilihat terharu serta memuji mereka yang bersusah payah membantu mangsa banjir.

“Dari rakyat untuk rakyat, semoga Allah s.w.t. murahkan rezeki mereka semua,” tulis @Fazeerul.

“Bukan semua ‘hero’ menaiki kenderaan mewah. Ada di antaranya menaiki Viva dan motosikal sahaja,” kata @NagiptHashim. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI