fbpx

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa daerah di tiga negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terbabit Terengganu, Pahang dan Sarawak.

“Terengganu di Besut, Setiu dan Kemaman. Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Sarawak di Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI