PUTRAJAYA – Empat lagi kluster baharu Covid-19 dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 229 kluster.
Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian mencatatkan sebanyak 3,528 kes termasuk 103 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,735,241 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, 66 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,462 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.
“Jumlah kes sembuh pula merekodkan sebanyak 4,489 kes dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,657,074 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K! ONLINE