PUTRAJAYA – Sebanyak 405 kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir telah dilaporkan sehingga hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun tiada kes positif Covid-19 direkodkan di Pusat Perpindahan Sementara (PPS).
“Dalam masa sama, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) (148 kes), penyakit kulit (93 kes), acute gastroenteritis (AGE) (75 kes) dan konjunktivitis (lapan kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Tambah beliau, sebanyak 363 PPS masih beroperasi dengan tujuh negeri dilanda banjir iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka serta melibatkan jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir seramai 53,696 orang. -K! ONLINE