fbpx

Darren terdesak pulih sebelum Liga M mula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARREN (dua dari kanan) sudah tidak sabar untuk beraksi pada musim depan selepas pulih sepenuhnya nanti.

PENYERANG sensasi Petaling Jaya City (PJ City), Darren Lok berharap sempat pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami sebelum bermula­nya Liga Malaysia (Liga M) musim 2022 yang dijangka membuka tirai rasmi bulan depan.

Sebagai rekod, Darren terlepas sebanyak 13 perlawanan Liga Super musim lepas susulan kecederaan pada fibula dan turut diketepikan dalam skuad kebangsaan apabila mengalami kecederaan otot sebelum berlepas ke Piala AFF Suzuki 2020 bulan lalu.

Kata Darren, tahun ini bukanlah yang memuaskan untuknya secara peribadi meskipun berjaya menjaringkan enam gol di pentas saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

“Otot di bahagian perut saya ada koyakan sedikit dan saya diberitahu, ia mengambil masa empat hingga enam minggu untuk betul-betul pulih.

“Kecederaan ini semakin baik tetapi belum 100 peratus lagi, jadi sebab itu saya kena pastikan semuanya akan kembali baik seperti biasa sebelum Liga M musim baharu bermula.

“Secara jujur, saya rasa boleh menjaringkan lebih banyak gol jika tidak mengalami kecedera sebelum ini dan mungkin peluang untuk bersaing menjadi penjaring terbanyak.

“Namun, nak buat macam mana sebab kecederaan tetap berlaku dan sekarang adalah untuk lebih bersedia mempersiapkan diri dan saya tekad beraksi lebih cemerlang musim depan,” kata pemain berdarah kacukan itu.

Darren yang berusia 30 tahun sebelum ini pernah mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) sebelum membuat keputusan menyarung jersi The Phoenix kendalian P. Maniam awal tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI