SEPANG – Seorang anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor yang terlibat dalam membantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar dekat sini dilaporkan meninggal dunia.
Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Hanafi Zulkapli berkata, Allahyarham dikenali sebagai Ahmad Zaki Mahbar yang juga Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia dikejarkan ke Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.
“Allahyarham hadir ke Selangor untuk membantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar yang terjejas.
“Jabatan Amal Malaysia merakamkan salam takziah buat keluarga Allahyarham di atas pemergiannya,” katanya menerusi hantaran Facebook Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini. – K! ONLINE