fbpx

Pentas dangdut roboh akibat ‘terlebih muatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian tengah pentas itu roboh akibat terlebih tampungan.- TikTok

JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan pentas dangdut roboh akibat terlebih tampungan menjadi tular di laman sosial indonesia baru-baru ini, lapor laman Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok bernama @numa_silvya.

Dalam video itu, pada mulanya sebuah konsert dangdut dilihat sedang berlangsung seperti biasa.

Seorang lelaki kemudiannya naik ke atas pentas untuk menari. Tidak lama kemudian, beberapa olelaki lain turut sama naik ke atas pentas dan menari.

Kemudian, beberapa orang lelaki lagi turut sama naik ke atas pentas itu sebelum pentas itu tidak lagi mampu menampung jumlah orang di atasnya lalu roboh di bahagian tengah.

Mereka yang berada di atas pentas itu kemudiannya lari menyelamatkan diri.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Lakonannya bagus, mereka semua buat tak tahu selepas pentas roboh,” komen seorang netizen.

“MC (pengacara majlis) sedang memantau dalam keadaan resah,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI