fbpx

Polis tahan pasangan kekasih simpan kepala singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menemui kepala singa yang disimpan di dalam beg galas milik sepasang kekasih. - Facebook

CAPE TOWN – Polis Afrika Selatan menjumpai satu kepala singa selepas menahan sepasang kekasih yang berkelakuan mencurigakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penemuan mengerikan itu dibuat selepas polis dimaklumkan bahawa pasangan itu, Joseph Modime, 59 dan Emily Mashaba, 54, cuba mencari ahli sihir yang akan membayar mereka wang  £17,500 (RM98,419) untuk kepala yang dipenggal itu bagi menghasilkan ramuan sihir. 

Akhbar The Sun melaporkan bahawa unit polis elit menggunakan orang tengah untuk mengatur pertemuan antara pasangan yang mencurigakan itu dan seorang pengamal perubatan tradisional.

Apabila pasangan itu tiba di sebuah garaj di Zeerust, Wilayah Barat Laut Afrika Selatan, mereka menyerahkan beg berisi kepala singa itu dan ditahan kerana melanggar Akta Kepelbagaian Biologi Pengurusan Alam Sekitar Kebangsaan 2004.

Jurucakap pihak berkuasa, Henry Mamothame berkata,  suspek dalam perjalanan dari Tembisa di Johannesburg untuk mencari pengamal perubatan tradisional.

“Mereka  dihalang oleh polis yang telah mengatur agar seorang pengamal perubatan tradisional berada di sebuah stesen minyak di mana kepala singa itu ditemui di dalam beg galas yang dibalut dengan beg sampah.

“Kedua-dua mereka telah ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami belum tahu bagaimana kepala singa itu boleh berada dalam simpanan mereka dan ia adalah sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI