fbpx

Ayie Floor88, isteri bakal timang anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN yang berkahwin pada 21 Oktober ini meraikan berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Dua bulan mendirikan rumah tangga, vokalis kumpulan Floor88, Ayiel Elham bakal bergelar bapa selepas mengumumkan berita gembira apabila isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi Instagramnya, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambarnya dan isteri sambil memegang alat ujian kehamilan.

“Kejutan! Segala puji bagi Allah. Assalamualaikum, bismillahirrahmanirahim.

“Insya-Allah, AETA junior is coming. Terima kasih isteriku. Sayang awak sampai syurga,” tulisnya untuk isteri tercinta, Tasha Awie.

Pada masa sama, penyanyi itu turut memohon doa-doa indah daripada peminat atas berita baik tersebut.

Perkongsian Ayie dihujani komen positif daripada peminat dan rakan artis yang teruja dengan berita tersebut sekali gus mendoakan anak dalam kandungan sentiasa sihat.

Untuk rekod, dengan hanya sekali lafaz, Ayie selamat bergelar suami kepada Tasha dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi pada 21 Oktober lalu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir.

Majlis serba ringkas yang diadakan di Masjid Ukay Perdana, Ampang tersebut dijalankan dalam suasana mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat pengantin sahaja.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, ibu kota pada Januari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI