fbpx

Kolej Komuniti Selayang sumbang tenaga bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIZA MALINA ZAHBA (kiri) bersama pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Selayang membantu mencuci pinggan mangkuk yang ditenggelami banjir di Jalan Tegas, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Situasi pasca banjir yang dihadapi mangsa di Padang Jawa di sini mendapat bantuan daripada sekumpulan pensyarah dan pelajar dari Kolej Komuniti Selayang.

Bantuan itu seterusnya memudahkan para penduduk untuk kembali hidup seperti sedia kala selepas kejadian banjir pada Sabtu lalu.

Seorang pensyarah Kolej Komuniti Selayang, Aiza Malina Zahba, 41, berkata, dia bersama tujuh lagi pensyarah dan 14 pelajar bertolak dari kolej pada pukul 9.30 pagi menaiki bas disediakan dan tiba sejam kemudian.

“Kami turut membawa ‘water jet’ dan perkakas serta peralatan untuk membersihkan kediaman salah seorang kakitangan kolej ini.

“Disebabkan kediaman ibu saudaranya yang terletak bersebelahan juga rosak teruk dilanda banjir, kami turut menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui di Jalan Tegas, di sini hari ini.

Sementara itu, Nur Hanim Ariff, 42, yang bertugas di Kolej Komuniti Klang memberitahu, bantuan kemanusian disalurkan secara bergilir dari pensyarah dan pelajar dari Kolej Komuniti Klang, Bukit Beruang, Melaka dan Selayang.

Ujarnya, ini secara langsung meringankan beban mengeluarkan perabot, peralatan rumah yang rosak serta membuang sampah selain turut membersihkan kediaman serta pinggan mangkuk yang ditenggelami air.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI