fbpx

Aktiviti mencuri semakin rancak di Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kedai runcit selepas dipecah masuk di Taman Sri Muda Shah Alam.- Foto Ihsan KAMARUL AZIZI

PETALING JAYA – Beberapa gambar memaparkan kejadian aktiviti mencuri di Taman Sri Muda, Shah Alam mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Foto yang dikongsi oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Kamarul Azizi dipercayai diambil ketika mangsa banjir bertindak memecah masuk beberapa kedai runcit serta pasar raya di sini.

Melalui foto tersebut, dapat dilihat kebanyakan kedai telah licin dikerjakan sehingga ada yang sanggup mengambil barang bukan keperluan seperti televisyen dan perkakasan rumah.

Kamarul dalam satu hantaran berkata, orang ramai perlu sabar kerana terdapat pelbagai bantuan yang diterima sama ada dari pihak kerajaan mahupun sukarelawan.

“Kita faham ramai yang terdesak demi kelangsungan hidup tetapi tidak perlu pecah masuk kedai kerana terdapat banyak bantuan yang diberikan.

“Harap, mangsa banjir tidak terlalu cerewet dengan bantuan yang diberikan dan bersyukur kerana ramai yang prihatin,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa geram walaupun turut bersimpati dengan nasib mereka yang terpaksa menghadapi musibah banjir.

“Allah, Kalau tak tengok di sini memang tak tahu, mula-mula memang kasihan sangat,” kata Zainal Abu Bakar.

“Bagus ada pendedahan begini, sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang jadi. Di negeri lain yang banjir, takda pula timbul isu pecah masuk macam ni,” ujar Ssup Dydyy.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI