fbpx

ATM balas dakwaan Harith tidak bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith Iskander (kanan)

PETALING JAYA – Kenyataan Harith Iskander di media sosial mempersoalkan peranan Angkatan tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir menerima pelbagai reaksi termasuk maklum balas dari pihak tentera.

Harith dalam satu hantaran di Facebook mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat, dia tidak melihat anggota ATM.

Susulan daripada perkongsian tersebut, dilihat ATM turut meninggalkan maklum balas dengan memaparkan beberapa gambar menunjukkan pihak tersebut berada di semua lokasi banjir.

Dalam pada itu, Tentera Darat Malaysia turut membalas kenyataan tersebut di ruangan komen.

“Tentera Darat Malaysia tidak terkecuali dalam berganding bahu bersama-sama dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa bencana banjir.

“Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

“Turut terlibat, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam pengurusan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Sri Pahang,” katanya.

Jelasnya lagi, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia pada sebilang masa dalam memberi bantuan yang diperlukan oleh PKOB dalam misi kemanusian membantu mangsa bencana banjir yang terjejas.

Rata-rata orang ramai turut dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang dianggap mengelirukan.

“Saya tidak tahu apa niat membuat kenyataan seperti ini, seseorang individu yang mempunyai ramai pengikut harus melakukan usaha wajar sebelum memuat naik sesuatu yang boleh mengelirukan,” kata Mohammad Arif.

“Sila buka Facebook ATM, boleh jumpa banyak gambar mereka turun beri bantuan, jelas Akram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI