fbpx

Perak catat kematian tertinggi akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perak merekodkan kes kematian tertinggi dengan 14 kes daripada 44 kes kematian Covid-19 di seluruh negara.

Menurut data pada laman web CovidNow, ini menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 31,265 kes serta tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat 10 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,316 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Negeri-negeri lain yang merekodkan kematian ialah Pulau Pinang (7), Terengganu (4), Kuala Lumpur (4), Kelantan (3), Pahang (2), Johor (1), Kedah (1), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (1) serta tiada kes kematian di Melaka, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 47,862 kes aktif melibatkan 39,940 kes dikuarantin di rumah, 3,946 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,648 kes di hospital, 150 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 179 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,510 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (951 kes), Johor (398 kes), Kelantan (345 kes), Pulau Pinang (222 kes), Terengganu (213 kes), Kuala Lumpur (210 kes), Kedah (207 kes), Perak (206 kes), Pahang (194 kes), Sabah (161 kes), Negeri Sembilan (153 kes), Melaka (150 kes), Sarawak (35 kes), Perlis (29 kes), Putrajaya (29 kes) dan Labuan (tujuh kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI