fbpx

Shahrol Shiro tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith dan Shahrol

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro melahirkan rasa tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander mempersoalkan peranan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa banjir.

Menurutnya, beliau sebagai anak kepada bekas tentera tersinggung dengan kenyataan Harith Iskander tidak nampak pasukan ATM turun membantu mangsa banjir.

“Berilah sedikit hormat buat petugas-petugas, anggota-anggota serta semua yang hadir memberi bantuan, bukan mencari siapa yang salah.

“Jika anda kata tidak nampak ATM turun membantu, saya sertakan gambar mereka yang turut serta dalam menyelamatkan mangsa banjir.

“Terima kasih buat petugas-petugas yang bertungkus lumus siang dan malam membantu. Semoga Allah S W.T merahmati kalian,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Harith dalam satu hantaran di Twitter mendakwa sepanjang empat hari beliau di kawasan terjejas banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat tidak melihat angkatan tentera.

Tangkap layar ciapan Harith di Twitter

Justeru, beliau mempersoalkan adakah tentera akan hanya turun padang apabila bencana yang sedang melanda negara diisytihar sebagai darurat.

Harith seterusnya menulis, kenderaan amfibia tentera adalah sangat berguna dalam menyelamatkan nyawa di Taman Sri Muda.

Terdahulu, Shahrol berkata, semua pihak termasuk anggota tentera dan badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan peranan masing-masing walaupun dalam keadaan tekanan.

“Situasi ini bukan masanya kita mencari salah mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang sampai awal hulurkanlah bantuan apa yang termampu agar beban yang ditanggung mangsa dapat diringankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI