fbpx

Banjir: Penduduk degil berpindah bawa musibah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Hamdan pada sidang akhbar hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kedegilan mangsa untuk berpindah mengundang padah sendiri apabila terperangkap dalam banjir yang melanda Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ini berikutan pihak bomba pernah menasihatkan penduduk untuk berpindah ketika air banjir naik pada paras buku lali semasa pemantauan awal dilakukan pihaknya.

“Namun, rata-rata menolak kerana berdasarkan pengalaman mereka air akan surut selepas itu.

“Bagaimanapun, ketika bomba bergerak pulang air mula naik secara mendadak, deras dan berbahaya.

“Bila air dah naik mereka mula membuat panggilan kecemasan, namun kita tidak dapat untuk kembali semula ke sana dengan segera kerana sedang menyelamatkan mangsa yang lain,” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Taman Sri Muda di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bomba sentiasa membuat pemantauan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi banjir namun situasi banjir di Selangor adalah di luar jangka.

Jelas Mohammad Hamdan, pihaknya tidak pernah sesekali memilih kasih dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

“Sedangkan warga asing pun kami selamatkan kerana tahu nyawa mereka dalam bahaya.

“Malahan Pengarah Bomba Selangor sudah 72 jam bekerja membantu mangsa sehingga melecet kaki, tapi saya cakap sabarlah ini sebahagian daripada kerja kita,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, ratusan anggotanya sendiri kehilangan kediaman akibat bencana banjir yang melanda namun enggan mengembar-gemburkan perkara itu.

“Ini adalah sebahagian etika yang ertinya meletakkan keutamaan pertama adalah nyawa orang lain,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI