fbpx

Martial nekad mahu tinggalkan Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL tidak menjadi pilihan untuk berada dalam kesebelasan utama United musim menyebabkan dia bersedia mencari destinasi baharu. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Anthony Martial dilaporkan bakal me­ngadakan perbincangan bersama pengurus pasukan itu, Ralf Rangnick mengenai peluangnya untuk meninggalkan pasukan itu bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan berhasrat untuk menyertai Sevilla pada jendela perpindahan ­Januari ini selepas kecewa apabila gagal mendapatkan minit permainan di Old Trafford musim ini.

Ejennya, Philippe Lamboley mendedahkan kepada umum awal bulan ini bahawa Martial terdesak untuk mencari pasukan baharu yang mampu memberinya lebih banyak peluang beraksi.

“Anthony berhasrat untuk meninggalkan United pada Januari nanti. Dia hanya mahu beraksi dan tidak mahu terus kekal di sini sebagai pemain simpanan. Saya akan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan,” katanya.

Martial sebelum ini me­ngalami kecederaan lutut menyebabkan dia terpaksa dike­tepikan pada aksi menentang Crystal Palace dan Norwich City, namun kembali menjalani latihan semalam selain mencari peluang bertemu Rangnick bagi mengadakan perbinca­ngan.

Rangnick sebelum ini memberi bayangan bahawa tidak akan menghalang pemainnya untuk berhijrah ketika me­ngakui bahawa United ketika ini memiliki skuad yang agak besar.

Sementara itu, Sevilla pula dikatakan hanya berminat untuk mendapatkan khidmat Martial secara pinjaman.

Sevilla ketika ini memerlukan khidmat penyerang bagi menguatkan lagi pasukan apabila mereka berpeluang untuk menamatkan penantian memenangi La Liga sejak musim 1945/46 apabila berada di kedudukan kedua ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Real Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI