fbpx

Dua hari tahan sakit, cincin besi tersangkut di jari tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan cincin besi yang tersangkut pada jari tengah seorang kanak-kanak di Balai Bomba Tanah Merah hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Kuang Bukit Mas di sini hari ini terpaksa menanggung kesakitan hampir dua hari selepas cincin besi yang dipakai tersangkut di jari tengah tangan kanannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Rafain Mat Zain berkata, siasatan awal mendapati, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipercayai cuba mengeluarkan cincin besi yang dibeli menerusi platform e-dagang baru-baru ini.

Katanya, bagaimanapun, cincin itu tidak dapat dikeluarkan daripada jarinya meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah termasuk minyak untuk melicinkan pergerakan besi tersebut.

“Selepas gagal, keluarganya telah membawa mangsa ke Balai Bomba Tanah Merah untuk membantu mengeluarkan cincin itu daripada jarinya kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan cincin yang terlekat di jari tengah mangsa menggunakan alat pemotong khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Rafain, jari kanak-kanak itu dilihat sudah bengkak dan dia terpaksa menahan kesakitan semasa proses pemotongan cincin dijalankan.

Ujarnya, cincin jenis besi yang dibeli di pasar malam, pasar raya atau secara dalam talian kebiasaannya dibeli pada harga murah, namun jenis besi yang digunakan agak keras selain sukar untuk dipotong.

Tambahnya, beliau menasihatkan kepada orang ramai agar tidak memakai sembarangan perhiasan yang boleh mengundang kesakitan kepada individu sekiranya tersangkut pada anggota badan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI