fbpx

Barcelona dapat khidmat Torres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES terdesak untuk meninggalkan Etihad bagi mendapat lebih banyak peluang beraksi apabila gagal menembusi skuad utama City. – AFP

MANCHESTER – Barcelona dilaporkan sudah bersetuju de­ngan yuran perpindahan berjumlah £46.7 juta (RM262.27 juta) yang dikenakan oleh Manchester City untuk mendapatkan pemainnya, Ferran Torres.

Kelulusan pinjaman bank yang diperoleh Barcelona membolehkan mereka berada dalam pasaran perpindahan pemain biarpun sebelum ini berdepan masalah kewangan yang sangat meruncing.

Bagaimanapun, The Catalans tidak dibenar mendaftarkan Torres dalam pasukan itu yang akan beraksi di La Liga sehinggalah mereka menjual beberapa pemain terlebih dahulu bagi mengelakkan pelanggaran syarat Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Torres, 21, yang telah membuat 43 penampilan dan menjaringkan 16 gol bersama City selepas meninggalkan Valencia pada Ogos 2020 dikatakan turut bersetuju dengan terma peribadi dan gembira untuk berhijrah ke Camp Nou.

Dia dikatakan membuat permohonan kepada kelab itu untuk mencari destinasi baharu bagi mendapatkan lebih peluang beraksi ketika sukar untuk me­nembusi kesebelasan utama City yang sudah dibarisi Bernardo Silva, Jack Grealish, Riyad Mahrez, Raheem Sterling, Gabriel Jesus and Phil Foden di posisi te­ngah.

Musim ini menyaksikan Torres hanya sempat beraksi dalam enam perlawanan sebelum memanaskan bangku simpanan ketika menentang Southampton pada September dan berdepan masalah kecederaan kaki ketika beraksi bersama Sepanyol.

Barcelona memberi jaminan bahawa Torres bakal menjadi pemain bintang bersama pasukan itu dan bakal bergandingan bersama seorang lagi pemain berbakat, Ansu Fati. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI