fbpx

Spurs hadapi Chelsea rebut slot final EFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURA (tengah) menjadi wira Spurs apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan West Ham awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menyifatkan peluang skuad bimbingannya untuk menjuarai Piala Liga England (EFL) sukar meskipun berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir musim ini.

Conte berpendapat, Spurs masih perlu melakukan banyak ‘kerja rumah’ berdasarkan aksi ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas West Ham United pada aksi suku akhir di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali dari Itali itu mengakui akan ber­usaha sedaya upaya bagi memastikan kelab berkenaan dapat menamatkan penantian 13 tahun untuk menjulang trofi.

“Ia sesuatu yang bagus buat Spurs melangkah ke pentas separuh akhir kejohanan ini. Ia membuktikan kelab ini mempunyai keinginan untuk bergelar juara sama seperti tiga pasukan lain seperti Liverpool, Chelsea dan Arsenal.

“Namun, ia bukan sesuatu yang mudah. Walaupun saya gembira dengan prestasi hari ini tetapi masih banyak perkara perlu ditingkatkan terutama ketika kami memegang penguasaan bola.

“Pemain perlu sentiasa mengekalkan intensiti permainan pada tahap tertinggi. Tugas kami lebih mencabar apabila kebanyakan pemain masih dalam fasa pemulihan selepas situasi Covid-19 sebelum ini,” kata Conte.

Dua gol Spurs diperoleh menerusi Steven Bergwijn dan Lucas Moura, manakala jaringan tunggal West Ham dihasilkan oleh Jarrod Bowen.

Laluan Spurs ke pentas final sangat mencabar apabila dija­dualkan bertemu juara Eropah, Chelsea di peringkat separuh akhir pada 5 Januari depan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI