fbpx

Liverpool bangkit ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO (kiri) meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sebelum Liverpool berjaya meraih kemenangan. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji sikap enggan mengaku kalah yang dipamerkan oleh pasukannya selepas mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mara ke pentas separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan menewaskan Leicester City menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi.

Pada aksi di Anfield itu, The Reds berjaya bangkit selepas ketinggalan 1-3 dengan pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menjadi penyelamat menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Selain itu, penjaga gol muda Liverpool, Caoimhin Kelleher turut muncul wira buat pasukan apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti untuk memastikan kemaraan pasukan ke pentas separuh akhir dan dijadualkan bertemu Arsenal bulan depan.

Kata Klopp, barisan pemain tidak mudah panik meskipun gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan apabila ketinggalan 1-3 selepas Leicester menunjukkan ketajaman khususnya di jentera serangan.

“Saya gembira dengan komitmen yang diberikan oleh pasukan meskipun kami menurunkan ramai pemain simpanan pada aksi kali ini. Semangat tidak mudah menyerah mereka untuk memburu gol penyamaan sehingga masa kecederaan wajar diberi pujian.

“Dalam masa sama, saya juga mahu memberi kredit buat Kelleher dan Minamino yang boleh dianggap sebagai wira membantu pasukan mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Liga kali ini.

“Selain itu, saya juga berpuas hati dengan apa yang ditampilkan oleh Neco Williams yang diletakkan di posisi sayap kanan yang sebelum ini diisi Mohamed Salah dan dia berjaya membalas kepercayaan diberikan dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI