fbpx

Lelaki hilang selepas redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PEKAN – Seorang lelaki berusia 34 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir dengan menunggang motosikal di Ladang Blok 10, Felda Chini Dua, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu disedari bapa mangsa yang menemukan motosikal anaknya selepas mencari mangsa yang tidak sampai ke lokasi dituju.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.05 pagi.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dengan kekuatan anggota seramai lima orang digerakkan ke lokasi kejadian bersama aset sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot aluminium.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan turut dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai lima orang bersama sebuah pacuan empat roda,” katanya.

Ismail berkata, hasil laporan yang diterima kejadian bermula ketika mangsa Rostam Che Su, 34, keluar ke ladang bersama bapanya dengan menaiki motosikal secara berasingan.

Namun katanya, sewaktu meredah air yang melimpah di atas mangsa tiba-tiba terjatuh dan hilang dibawa arus deras dan kejadian itu disedari bapanya yang segera membuat pencarian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI