PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Lebuh Raya Karak – Kuala Lumpur (KLK) telah dibuka semula secara berfasa kepada pengguna bermula kira-kira pukul 2 petang hari ini.
Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter rasminya, kawasan laluan yang telah dibuka semula untuk trafik adalah di Bentong-Timur Kilometer (KM) 66.7 hingga ke Karak KM77.3.
Sementara itu, laluan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang membabitkan persimpangan Karak-Chenor masih lagi ditutup semua jenis kenderaan. -K! ONLINE