fbpx

Mangsa banjir di Temerloh terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bandar Temerloh yang dinaiki air di Temerloh.

TEMERLOH – Ketika daerah lain termasuk Kuantan menunjukkan penurunan mangsa-mangsa banjir namun daerah Temerloh sebaliknya menunjukkan peningkatan apabila mangsa banjir meningkat kepada 12,027 orang berbanding 10,806 yang direkodkan semalam.

Susulan kenaikan air yang menenggelamkan bandar Mentakab dan Temerloh itu menyebabkan daerah titik tengah Semenanjung tersebut merekodkan jumlah mangsa banjir terbanyak di Pahang pada masa ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa banjir di Pahang pada masa ini menurun kepada 36,244 orang mangsa berbanding 38,810 mangsa yang direkodkan semalam.

“Pada masa ini Temerloh merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 12,027 kes diikuti Kuantan sebanyak 11,960 mangsa, Bentong (4,697), Bera (2,199), Pekan (1,572), Maran (1,065), Jerantut (1,285), Lipis (1,064) dam Raub (375).

“Kesemua mangsa daripada 10,699 keluarga ditempatkan di 263 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah terbabit,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pada masa ini sebanyak 50 jalan di seluruh negeri ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air.

Katanya, daripada jumlah itu Temerloh merekodkan jumlah jalan ditutup tertinggi iaitu sebanyak 13 diikuti Jerantut dan Maran masing-masing sebanyak sembilan jalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI