fbpx

Tahap kemahiran polis bantuan akan dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAZLI (dua dari kiri) bersama beberapa anggota polis bantuan selepas menghadiri Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia yang ke-32 di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kepakaran polis bantuan supaya mereka dapat bertindak mencegah jenayah di premis seliaan masing-masing dengan lebih cekap.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Mazli Mazlan berkata, tahap kemahiran polis bantuan itu perlu berada pada tahap tertinggi kerana ancaman jenayah pada masa ini adalah lebih kompleks dan pelbagai.

“Sekarang kita sedang menuju kepada ‘world polis image’, kita akan meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kepakaran yang ada pada anggota dan pegawai polis bantuan.

“Ia untuk memastikan mereka dapat mengatasi apa juga bentuk ancaman yang berlaku di kawasan atau premis yang mereka kawal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri persidangan tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) yang ke-32 yang turut dihadiri Presiden MAPA, Mohd. Razali Abdul Aziz.

Sementara itu, Mazli berkata, pihaknya bersedia menambah jumlah keanggotaan polis bantuan sekiranya terdapat keperluan serta permohonan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat persendirian.

“Setakat ini terdapat kira-kira 59,000 polis bantuan meliputi kira-kira 253 GLC dan syarikat persendirian.

“Sama ada untuk tambah keanggotan atau tidak, ia berdasarkan permohonan yang dibuat oleh syarikat, jika ada keperluan kita akan pertimbangkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI