fbpx

Lelaki dihanyutkan arus ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TEMERLOH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Semantan berhampiran jambatan kereta api di Mentakab di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki dewasa mandi bersama sepupunya.

“Susulan itu seramai empat anggota telah bergegas ke tempat kejadian dan melakukan operasi pencarian di sepanjang sungai melalui kaedah pencarian di permukaan.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 7.30 petang semalam dan mangsa masih belum ditemukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail operasi pencarian diteruskan hari ini di sekitar kawasan sungai berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI