fbpx

Banjir: KPD diarah jumpa mangsa untuk buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl semasa sidang akhbar hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Semua Ketua Polis Daerah (KPD) yang terlibat dalam lokaliti banjir telah diarahkan pergi menemui mangsa yang ingin membuat laporan susulan banjir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ada beberapa balai yang terjejas dari segi teknikal akibat banjir susulan penggunaan sistem laporan dalam talian yang diaplikasi ketika ini.

“Justeru, saya telah mengarahkan KPD pergi pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya ada pihak yang ingin membuat laporan dan akan dilakukan secara manual di PPS.

“Pada masa sama juga, ada mangsa banjir yang tidak dapat keluar daripada rumah masing-masing atas sebab-sebab tertentu, maka aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan untuk mencari mereka dan membuat laporan polis di situ juga,” katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Sri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya akan menyiasat mengenai talian 999 yang didakwa tidak berfungsi semasa banjir.

“Talian itu sepatutnya berfungsi setiap masa dan saya pun baharu pertama kali mendengar tidak dapat dihubungi dan akan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI